Pohon itu
Akarnya tunjang
Dahannya tiada
Daunya lebar
Berkipas angin
Buahnya lemak
Penyejuk lara
Harum bukan setanggi
Budi bukan dibawa mati
Harga bukan dijual beli
Kerna ilmu pelangkah kaki
Bergelap..disuluh
Bertatih..dipimpin
Bertegur..disapa
Pada adam yang bersila,
Pada hawa yang bersimpuh
Dan di bawah pohon itu
Dia masih di situ.
wanmohdadnan/oaag
9.49am.27.11.10.
bim,kuantan
Copyright © 2010 wanmohdadnan
All Rights Reserved
himpunan puisi sejoli
Thursday, December 23, 2010
Wednesday, November 17, 2010
NIKMAT SEMENTARA
Mana halanya
Jika terleka
Mengejar nikmat dunia
Tak hirau dosa noda
Seksa azab neraka
Jauh dari rahmatNya
Dunia ini usah terpedaya
Hanya ciptaan manusia
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Terlupa pada segala
Di hati dan juga jiwa
Jika hanya mengejar dunia
Penuh debu dosa
Tetapkan iman dalam diri
Nikmati keindahan Ilahi
Yakin akan dirahmati
Percaya dengan pasti
Tak perlu meragui
Andai teguh imanmu
Bahagia pasti menanti
Di akhirat yang abadi
marzidahwizi-6SEPT10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved
Jika terleka
Mengejar nikmat dunia
Tak hirau dosa noda
Seksa azab neraka
Jauh dari rahmatNya
Dunia ini usah terpedaya
Hanya ciptaan manusia
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Terlupa pada segala
Di hati dan juga jiwa
Jika hanya mengejar dunia
Penuh debu dosa
Tetapkan iman dalam diri
Nikmati keindahan Ilahi
Yakin akan dirahmati
Percaya dengan pasti
Tak perlu meragui
Andai teguh imanmu
Bahagia pasti menanti
Di akhirat yang abadi
marzidahwizi-6SEPT10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved
MIMPI
mimpi...
melakar impian berbagai rasa
bukan membangga diri
hanya terus pertahan maruah
mimpi sebesar alam
umpama bintang semesta
dan bulan umpama jelitawan
rupa jelik tiada rupawan
Kadang agungkan dunia
kadang lupa asal luhurnya
hanya yang benar
tiada rezeki datang bergolek
tunjukkanlah cahaya bintang
untuk diberi pada Ibu
Biar disimpan untuk akhirnya
supaya ia menjadi mimpi indah
marzidahwizi-5nov10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved
melakar impian berbagai rasa
bukan membangga diri
hanya terus pertahan maruah
mimpi sebesar alam
umpama bintang semesta
dan bulan umpama jelitawan
rupa jelik tiada rupawan
Kadang agungkan dunia
kadang lupa asal luhurnya
hanya yang benar
tiada rezeki datang bergolek
tunjukkanlah cahaya bintang
untuk diberi pada Ibu
Biar disimpan untuk akhirnya
supaya ia menjadi mimpi indah
marzidahwizi-5nov10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved
LUMRAH
senyuman seindah alam
tawa seiring kicauan burung
berdendang bersama lagukan nyayian
sama- sama terasa
bergelodak dijiwa
hati sesama harus dijaga
agar resah tidak bergolak
saling bertaut pada yang SATU
ingat- mengingati antara kita
akan muncul nanti pelangi pagi
walau sebentar hilangnya pasti
nanum,kuntuman bunga tetap mekar
indah dan seharum mewangi
saling bermaafan antara kita
kerna semuanya resam duniawi
lumrah kehidupan kini....
marzidahwizi-6feb10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved
tawa seiring kicauan burung
berdendang bersama lagukan nyayian
sama- sama terasa
bergelodak dijiwa
hati sesama harus dijaga
agar resah tidak bergolak
saling bertaut pada yang SATU
ingat- mengingati antara kita
akan muncul nanti pelangi pagi
walau sebentar hilangnya pasti
nanum,kuntuman bunga tetap mekar
indah dan seharum mewangi
saling bermaafan antara kita
kerna semuanya resam duniawi
lumrah kehidupan kini....
marzidahwizi-6feb10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved
EMBUN SETITIS
Titisan-titisan embun liarHanya lekat setitis sedar
Di kelopak kiambang mekar
Bertahta di dedaunan lebar
Menanti fajar...
dan
Embun setitis awan
Biarkan celik di bumi Tuhan
Mencari liku-liku harapan
Untuk titisan embun hujan
Membasahi ragam taulan
Di tanah warisan...
wanmohdadnan/oaag
18.10.ogos. kuantan
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved
Di kelopak kiambang mekar
Bertahta di dedaunan lebar
Menanti fajar...
dan
Embun setitis awan
Biarkan celik di bumi Tuhan
Mencari liku-liku harapan
Untuk titisan embun hujan
Membasahi ragam taulan
Di tanah warisan...
wanmohdadnan/oaag
18.10.ogos. kuantan
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved
KITA MARA
Semalam dan hari ini
Esok yang datang....
Aku tahu,
Masih kita untuk ke sana
Masih kita ada nyawa
Masih kita bertongkat sejati
dan, Gengam itu masih utuh bergumpal
Walau kala ribut petir menyambar
Yang pasti... Dia yang maha....
Di sini, langkah kian bertapak
Di sana, rentak kian tajam
Di sekeliling, tanah,air, api dan angin
Ayuh....
Kita teruskan mara
laungkan mara kita
teguhkan mara kita
Biar kita hilang sakit
Biar kita hilang dosa
Pada Dia yang maha kuasa.
wanmohdadnan/oaag
0442 PM. nov 05. 2010
BIM, kuantan, Pahang
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved
sajak ini khas buat Ayahanda Yassin Salleh dan juga teman-teman perjuangan sekalian.Takziah diucapkan kepada keluarga Yassin Salleh di atas kepergian yang disayangi mummy ( isteri dan ibu ) ke rahmatullah pada tanggal 4hb. November 2010, jam 11.42 malam. Alfatihah.
Esok yang datang....
Aku tahu,
Masih kita untuk ke sana
Masih kita ada nyawa
Masih kita bertongkat sejati
dan, Gengam itu masih utuh bergumpal
Walau kala ribut petir menyambar
Yang pasti... Dia yang maha....
Di sini, langkah kian bertapak
Di sana, rentak kian tajam
Di sekeliling, tanah,air, api dan angin
Ayuh....
Kita teruskan mara
laungkan mara kita
teguhkan mara kita
Biar kita hilang sakit
Biar kita hilang dosa
Pada Dia yang maha kuasa.
wanmohdadnan/oaag
0442 PM. nov 05. 2010
BIM, kuantan, Pahang
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved
sajak ini khas buat Ayahanda Yassin Salleh dan juga teman-teman perjuangan sekalian.Takziah diucapkan kepada keluarga Yassin Salleh di atas kepergian yang disayangi mummy ( isteri dan ibu ) ke rahmatullah pada tanggal 4hb. November 2010, jam 11.42 malam. Alfatihah.
DI MANA ALIF BA TA?
Dalam keriuhan pasar
ada yang termangu resah
walau ada ikan patin masih bernyawa
tak kala disimbah dengan air paya
tak sesegar sungai di sempadan
kerna airnya deras mengalir
akhirnya menghakis batu-batu
tertanam, tiada siapa pun tahu
kini,
merangkak-rangkak sang dungu
yang dipesongkan akal ke lembah biru
tiada tahu Alif Ba Ta
mungkin saja kita tanya
murai yang petah bercakap
dan kita akan tahu.
wanmohdadnan/oaag
0909 hrs. okt 01. 2010
BIM, kuantan, Pahang
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved
ada yang termangu resah
walau ada ikan patin masih bernyawa
tak kala disimbah dengan air paya
tak sesegar sungai di sempadan
kerna airnya deras mengalir
akhirnya menghakis batu-batu
tertanam, tiada siapa pun tahu
kini,
merangkak-rangkak sang dungu
yang dipesongkan akal ke lembah biru
tiada tahu Alif Ba Ta
mungkin saja kita tanya
murai yang petah bercakap
dan kita akan tahu.
wanmohdadnan/oaag
0909 hrs. okt 01. 2010
BIM, kuantan, Pahang
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved
Subscribe to:
Posts (Atom)