Wednesday, November 17, 2010

NIKMAT SEMENTARA

Mana halanya
Jika  terleka
Mengejar nikmat dunia
Tak hirau dosa noda
Seksa azab neraka
Jauh dari rahmatNya

Dunia ini  usah terpedaya
Hanya ciptaan manusia
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Terlupa pada segala
Di hati dan juga jiwa
Jika hanya mengejar dunia
Penuh debu dosa

Tetapkan  iman dalam diri
Nikmati keindahan  Ilahi
Yakin  akan dirahmati
Percaya dengan pasti
Tak perlu  meragui
Andai teguh imanmu
Bahagia pasti  menanti
Di akhirat yang abadi



marzidahwizi-6SEPT10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

MIMPI

mimpi...
melakar impian berbagai rasa
bukan membangga diri
hanya terus  pertahan maruah

mimpi  sebesar alam
umpama  bintang  semesta
dan bulan umpama jelitawan
rupa  jelik tiada rupawan

Kadang  agungkan dunia
kadang lupa asal luhurnya
hanya yang benar
tiada rezeki datang bergolek

tunjukkanlah cahaya bintang
untuk diberi pada Ibu
Biar disimpan untuk akhirnya
supaya ia menjadi mimpi indah



marzidahwizi-5nov10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

LUMRAH

senyuman  seindah alam
tawa seiring kicauan burung
berdendang bersama lagukan nyayian
sama- sama terasa
bergelodak dijiwa

hati sesama  harus dijaga
agar resah tidak bergolak
saling bertaut  pada yang SATU
ingat- mengingati antara kita

akan muncul nanti  pelangi pagi
walau sebentar hilangnya pasti
nanum,kuntuman bunga tetap mekar
indah dan seharum mewangi
saling bermaafan antara kita
kerna semuanya resam duniawi
lumrah kehidupan kini....



marzidahwizi-6feb10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

EMBUN SETITIS

Titisan-titisan embun liarHanya lekat setitis sedar
Di kelopak kiambang mekar
Bertahta di dedaunan lebar
Menanti fajar...

dan
Embun setitis awan
Biarkan celik di bumi Tuhan
Mencari liku-liku harapan
Untuk titisan embun hujan
Membasahi ragam taulan
Di tanah warisan...

wanmohdadnan/oaag
18.10.ogos. kuantan 
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved


KITA MARA

Semalam dan hari ini
Esok yang datang....

Aku tahu,
Masih kita untuk ke sana
Masih kita ada nyawa
Masih kita bertongkat sejati

dan, Gengam itu masih utuh bergumpal
Walau kala ribut petir menyambar
Yang pasti... Dia yang maha....

Di sini, langkah kian bertapak
Di sana, rentak kian tajam
Di sekeliling, tanah,air, api dan angin

Ayuh....
Kita teruskan mara
laungkan mara kita
teguhkan mara kita

Biar kita hilang sakit
Biar kita hilang dosa
Pada Dia yang maha kuasa.


wanmohdadnan/oaag
0442 PM. nov 05. 2010
BIM, kuantan, Pahang
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved

sajak ini khas buat Ayahanda Yassin Salleh dan juga teman-teman perjuangan sekalian.Takziah diucapkan kepada keluarga Yassin Salleh di atas kepergian yang disayangi mummy ( isteri dan ibu ) ke rahmatullah pada tanggal 4hb. November 2010, jam 11.42 malam. Alfatihah.

DI MANA ALIF BA TA?

Dalam keriuhan pasar
ada yang termangu resah
walau ada ikan patin masih bernyawa
tak kala disimbah dengan air paya
tak sesegar sungai di sempadan
kerna airnya deras mengalir
akhirnya menghakis batu-batu
tertanam, tiada siapa pun tahu

kini,
merangkak-rangkak sang dungu
yang dipesongkan akal ke lembah biru
tiada tahu Alif Ba Ta
mungkin saja kita tanya
murai yang petah bercakap
dan kita akan tahu.

wanmohdadnan/oaag
0909 hrs. okt 01. 2010
BIM, kuantan, Pahang
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved

SEMANGAT AKAL

Kita yang di sini
pada bibit-bibit mendatang hari
yang hanya berbekal doa
dalam rentetan kitab sejarah
untuk menjadi suara agung
buat azimat anak-anak di sisi

Kita  yang di sini
terus pasti dilalu jerih pedih
walau masih ada larat tertinggal
dari tepukan bahu perangsang
oleh ungkapan janji yang di mana pasti
hanya hati yang mengerti

Di sini,
menangis kita tiada didengar lagi
tersenyum kita hanya mengambil hati
dan
hanya akal saja yang tinggal
untuk semangat kita.


wanmohdadnan.oaag
AM0537 hrs.sept 10. 2010.
kuantan
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 Wan Mohd Adnan/oaag
All Rights Reserved 

TANPA JEMU

Meliuk-liuk bilahan lalang
Didakap sunyi embun pagi
Yang menghijau mata  memandang
bersendirian takaful diri
Berzikir sendu tiada henti
berdoa dengan sepenuh hati
Mendambakan  cintaNYa

Ku susur jalan itu sendirian
walau tanpa fajar menyinar
walau  diselaputi kelam malam
Meratib jaluran mujahadah
Menyulam siratnya istiqamah
Ku pohon padaNya
Kurniakanlah, kurniakanlah
Nikmat itu.


marzidahwizi-3NOV10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

SUARA HATI

Bila mendapati diriku 
masa kesulitan
datanglah  cahaya
berbicara kata-kata bijak,

Bila mendapati diriku  kegelapan
DIA  berdiri dalam diriku,
berbicara kata-kata bijak

Dan ketika  patah hati
hidup di dunia setuju,
akan ada jawapan nanti

Sekalipun  mungkin berpisah
masih ada kemungkinan
mereka akan melihat
akan ada jawapan


Dan ketika malam  berawan
masih ada cahaya
yang bersinar terang
Aku bangun dan mengekori
melalui suara itu yang
berbicara kata-kata bijak



marzidahwizi-1NOV10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


SOLEHAH

Solehah
Engkaulah perempuan syahidah
Hatimu syarat dengan hidayah
timgkah lakumu jauh dari salah

Solehah
Cantikmu laksana siti fatimah
Ketabahanmu laksana siti khodijah
Nerakapun enggan menjamah
Engkau lah anugrah terindah
Dari Zat yang Maha Pemurah


marzidahwizi-11oktber10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

KERINDUANKU

ingin saja aku pergi
menyendiri bersendiri
dari rencah duniawi


hanyaNYA dihati
teman dikala sunyi
Rabb-ku yang di Rindui....

kan ku terus berlari
mencari MU kekasih hati
cinta yang hakiki
menuju dalam dakapan MU
Ya Rabbi...


marzidahwizi-11oktber10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

TAKKAN KU LUPA

Takan ku lupa
untuk menyembah MU
kerana aku hamba MU

Takan ku lupa
iradah MU,yang penuh hikmah
dan segala kebesaran MU

Takan ku lupa
kasih sayang MU
yang belaku setiap detik waktu
bahkan turun naik nafasku....

Tuhan!
Aku hamba MU
terkadang terlalai dan terlupa
cuai dan leka
kerana itu...
aku sering memohon pada MU
agar diampunkan kesalahanku
Cuai dan lalai pasti berlaku kepadaku
Lupa dan leka terjadi selalu

Tuhan!
aku mengharapkan rahmat dan petunjuk MU
bimbinglah aku
lupakan kesalahanku
Kau terimalah taubatku

dan  janganlah sampai Engkau
bertindak ke atasku



marzidahwizi-4SEPT10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


SUDAH TERCATAT

Engkau catatkan…
Dia milikku
Kau satukan
Dia dan Aku



kini...
menjadi realiti
telah Kau 
kurniakannya
yang dapat meminpin  aku
ke jalan  Mu

dan.... 
berikan pada ku
kebahagian
Agar kami
kekal bersatu
dunia dan akhirat



marzidahwizi-6OKTOBER10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

PERTEMUAN

pada satu pertemuan
hargailah ia,sebelum terlambat
sungguh terasa,bila ia pergi
dan sayu bila dia tak kembali

satu pertemuan
carilah ia dengan hati suci
indahnya jika memiliki
tapi jangan tak dihargai

DIA dtg tanpa seruan,
DIA pergi tanpa alasan,
kejarlah DIA
carilah DIA
sebelum terlambat
kerana...akan hadir satu anugerah

tiada bandingan......

marzidahwi...

RAYO MERAYO

Sendat doh weh
hadap belako hok mano ado
tok leh lepo, puat... masuk mulut
gerei pasal sebulei tok make siyer
biar sapai tok rok.. emm puat lagi
pah ttinggal hok wajib buat

bejupo sore minto maaf
simbung nga orei ni bersalei
habih anok beranok, sedara, saing
jangok belako, dari selipar pah atah palo
bekecek tok kiro karo, ngumpat pun ado
hok mujurnya, pakat gi sejid

hok selok budok la
banyok duit lebih dari orei besar
galok berunga gi tadoh tangei
penuh poket nga kertas sajo
ado hok guppa, ado kerah molek
karei pakat dok ngiro beli gapo

radio tv geger bangar
hok jenih ado hok keruh ado
macei mecei ado, wie ralit belako
biar ramai dok cokoh ngadap
doh takbir sekat semayei rayo
hok lain boleh bui sekat dei

rayo la kito, mogo hari rayo
berayo la kito weh
jangei dei wie ceroh perot sudoh
 tak leh merayo kito.

wanmohdadnan.oaag
PM0624 hrs.sept 10. 2010.( 1 syawal 1431)
kuantanCopyright © 2010 Wan Mohd Adnan
All Rights Reserved 

SERUAN SALAM UNTUK BONDA

Salam bonda nun di timur london
jauh di perantauan dari desa tercinta
berkala membawa diri, sayu
menanti dan menanti

di sini kicau burung masih berlagu
bauan bunga cempaka jelas harum
bendang padi damai menguning
tempoyak durian menunggu digulai
alunan cengkerik sentiasa bersahutan
tilam kekabu nyeyak untuk dilabuh

jiwa di canai sebegitu rupa
masih ada serinya bila digosok
oleh basuhan suci,penambat hati
biarkan ia senyum manis dalam nyata
biarkan getarnya diam seketika

masih ada anak-anakmu di sini
berjanji harap untuk dibelai manja
masih ada sanak saudaramu di sini
berjanji harap untuk diikat kasih
masih ada teman-temanmu di sini
berjanji harap untuk bergelak tawa

di sini pelangi masih berwarna warni
lengkungnya tetap indah serinya
dan..
pelangi di sini sentiasa menanti perindu jauh
yang di jiwanya tetap menjadi tanda tanya.

dari anakanda di Kuantan, Malaysia.
wanmohdadnan/oaag - seruan salam untuk bonda
29.ogos2010.
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved 

DENAK BEBURUNG TERBANG

Dah resam...
pokok-pokok hutan, liar
dari akar tunjang penguat pucuk
yang zatnya mengalir pedih
dari dahan-dahan keras
tanpa riak tapisan hangat
asal dapat mengemuk batang
lalu jatuh tumbang, pemuas anai-anai

Dah resam...
rotan-rotan menjalar tinggi
dari belukar entah di mana
yang duri tajam bagai pendinding
dari petaka mengikut selera
tanpa hirau rentak duduk
asal dapat bertongkat suka
lalu makin menaik tinggi

Ahh..persetankan..
kerana pokok hutan dan rotan
kekadang, alpa pada hujan dan embun pagi
kekadang, alpa pada terik matahari
kekadang , alpa pada tanah di bawah

Cuma....
jangan dilupa pada sungai dan jeram
jangan dilupa pada angin timur selatan
jangan dilupa pada buangan haiwan belaan
bagi,
pembuat segar bila longlai
pembuat senyum bila lelah
pembuat denak beburung terbang

wanmohdadnan/oaag
4.07am. Ogos.30.10.
Sanggar Penyair Cyber Pahang
bim.kuantan,pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved. 

Sunday, November 14, 2010

CINTA ABADI

setiakah cinta pada insan
yang dapat memberi hingga pengakhiran
adakah cinta tanpa pengkhianatan
suburkah cinta...
ditumbuhi bunga yang kembang
masih terukirkah senyum....
dibibir yang malang
tanya hati,agar dapat beza antara benar dan mimpi

jangan hanya menjunjung cinta
sekadar berkiblatkan kesuma jiwa
kembali dan terus kan perjalanan…
Kita hanya insan Fana yg masih dihitung jasa..
dan masih perlu waras
menimbang kisah hidup nan mulia..
biarlah Alam kembali bernyawa,
cintai DIA sepenuh hatimu
moga jiwa yang gersang
menjadi subur


marzidahwizi-23sep10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

PERTEMUAN

pada satu pertemuan
hargailah ia,sebelum terlambat
sungguh terasa,bila ia pergi
dan sayu bila dia tak kembali

satu pertemuan
carilah ia dengan hati suci
indahnya jika memiliki
tapi jangan tak dihargai

DIA datang tanpa seruan,
DIA pergi tanpa alasan,
kejarlah DIA
carilah DIA
sebelum terlambat
kerana...akan hadir satu anugerah

tiada bandingan......

marzidahwizi-11 OGOS10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


KEHARUSAN CINTA

KEHARUSAN CINTA

by Marzidah Wizi on Friday, 24 September 2010 at 23:53
Cintailah padaNYA
penuh keunggulan
kemuliaan
dan kebahagiaan
jangan  engkau tidak mencintai Allah,
 Dialah yang melimpahkan nikmat
 Dialah yang  menyingkirkan musibah darimu
Mencintainya  merupakan kewajiban
Mendekatkan kepadanya merupakan keharusan
Bersyukur kepadaNYA tidak dapat ditawarkan
Taat kepadaNYA   sesuatu yang pasti.
Tak seorang pun dialam ini
yang membuat hamba merasa
tentang kepadanya
adalah  keharusan
pasarahkan cinta
pada Sang Maha Raja



marzidahwizi-18OGOS10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

SYUKURI KEHIDUPAN

kehidupan itu perjalanan...
perjalanan bagai sang bayu
yang bertiup di persisiran
perjalanan bagai tumbuhan
menghijau di pergunungan

kehidupan itu ini
dari rentak-rentak ragam
segar berlegaran
di segenap ruang dunia...

dan detik kehidupan itu
adalah kurniaan
untuk dirasa dan dicita
dalam hidup yang masih bernafas
walau kesyukuran untuk itu
kita abai tanpa pengucapan...

marzidahwizi-27OGOS10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

KEINDAHAN NYATA

keindahan itu
hanya milikNya
di dunia yang  penuh fatamorgana
keindahan yang ada
tidaklah nyata
berhatilah dengan pandangan mata
keindahan nyata.... milikNya

bersujudlah padaNya
rahmatNya tidak terkira
luas tak berbatas
memandangnya rasa sejuk didada
sebiru laut teduh dimata

Ku tak ingin melewatkan keindahannya
yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata..
 bibir hanya mampu berucap..
Subhanallah..subahanallah
seindah kasihNya
ku bersyukur hanya padaNya


marzidahwizi
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved,

ARAH

Hakikat hidup
adalah sebuah pertarungan
dan pengorbanan
Gapailah
akhiratmu
tapi jangan lupakan
duniamu...
sematkanlah di hati
 tapi jangan  lupakan akhirat.
Berpeganglah pada satu tali yang kuat
berpautlah dengan  keimanan,
dan mencari ertilah
pada sebuah kehidupan
dengan harap akan bertemu
dengan-Nya.
susurilah  duniamu
kerana dunia itu
akan menunjukkan
kemana arah dan tujuan mu
syurga atau neraka


marzidahwizi 1sept10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

AIDIL FITRI DATANG KEMBALI

Aidilfitri datang kembali
kedatangan yang dinanti
kerna kemenangan diri
menyentuh hiba dan suka
berkat takwa dan sabar

Aidilfitri datang kembali
tangan di hulur bermaaf-maafan
setelah tertunai zakat dan fitrah
bersahutan bibir-bibir umat
menyebut kebesaran yang maha suci

Aidilfitri datang kembali
beriringan ke pusara di pagi hari
Al-fatihah kepada yang telah pergi
kunjung mengujung saudara dan taulan
bersenyum sapa menikmati juadah

dan Aidilfitri datang kembali....
agar disyukurilah nikmat yang diberi
kepada kita umat yang  terpilih.


marzidahwizi-3 sep10-2.02am
Sanggar Penyair Cyber Pahang
 Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

DONGENG CITRA HUKUM KARMA BAGI PEMAIN-PEMAIN BALAK.

omong-omong si pelaku jingga
yang sudah tiada rasa keluhan sang rimba
membeliak nafsu serakah gila
bagai si badang memakan muntah
kerana rezeki tiada halal haram

amanah kepala otak....
membiarkan landak hilang durinya
di gondol bukit bukau penadah air
tak kala sedetik memegang mohor
di kaut spesis babi hutan
yang beraknya tiada lawas

lihat saja di sana
masih banyak rimba boleh ditawan
biarkan saja matahari sejengkal kepala
asalkan makin berlemak badan si perogol
yang urusannya merogol teduhan hujan.

wanmohdadnan/oneartistartgalley
10.39pm 12 julai 2010

MOK KITO

mok kito...
hok wak tubit kito
hok duk nyusu kito
hok duk jago kito
doh mok kito..

biarpun keno pulah
biarpun keno kutil
biarpun keno belebir
doh mok kito..

setohlah dio..
senyumlah ko dio..
biar dia suko..
biar dia lego..
biar dia bahagio..
doh mok kito..

wanmohdadnan/oaag
01.10.ogos. kuantan

RAYUAN PENGUSAHA KRAF PAHANG

nak mintak
segan...
nak mengadu
tak reti...
nak ditanya
takut...
nak berbincang
sibuk...
nak mengalah
rugi...

apa nak buat...
dah nasib

tak dijaga
hancur...
tak ditegur
bisu...
tak disentuh
lupa...
tak dibuat
miss soro...

aduhai..

Pak long..
nak tolong nengok sikit
kraf Pahang mundur sangat eh..
tak de ke parang tumpul
nak lapah belulang lembu...

Dato' KSN
nak tolong nengok sikit
kraf Pahang mundur sangat eh..
tak de ke getah nangka
nak buat tahan lalat...

PM Dato' Sri Najib
nak tolong nengok sikit
kraf Pahang mundur sangat eh..
tak de ke subsidi
nak bekal pungut tunggul

sedih gamoknye
ke hulu
ke hilir
menyusun nipah
bagi teduh kepala...

pilu gamoknye
nengokkan air
dalam perigi tua
dah keruh semacam
bahang dek kemarau

tolong le nengok eh..


wanmohdadnan/oaag
PENGKRAF PAHANG.
1.46PM.07.08.10. kuantan

PEROGOL RIMBA

omong-omong si pelaku jingga
yang sudah tiada rasa keluhan sang rimba
membeliak nafsu serakah gila
bagai si badang memakan muntah
kerana rezeki tiada halal haram

amanah kepala otak....
membiarkan landak hilang durinya
di gondol bukit bukau penadah air
tak kala sedetik memegang mohor
di kaut spesis babi hutan
yang beraknya tiada lawas

lihat saja di sana
masih banyak rimba boleh ditawan
biarkan saja matahari sejengkal kepala
asalkan makin berlemak badan si perogol
yang urusannya merogol teduhan hujan.

wanmohdadnan/oneartistartgalley
10.39pm 12 julai 2010
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved 

MENCARI CAHAYA KELAHIRAN

Terang gelap
bermain dalam sangka-sangka
apabila melahir dan lahir
walau jenuh berkira harapan
di kala katak bising memanggil hujan
harapkan basah tanah dipijak,

samar-samarkah itu?
kerana belum tahu jalan di depan sana
berdebu atau berlubang-lubang
tiada jua yang enak dibelai
mungkin ada yang gila menduga
biarkan bentuknya curam
agar mudah mengelungsur turun,

dan jawapan tiba-tiba hilang..
kerna beduk subuh tiada kedengaran lag
imungkin kayunya pecah
mungkin pemalunya hilang
mungkin jua sudah tiada ingin mendengarnya
oh..satu sudah kehilangan
dan beribu juta sudah hilang
entah mana dikuburkan
di mana pula perginya cahaya?..

maka, fikiran makin kacau..
dalam benak ada tanda tanya kemanakah cahaya
apabila kelahiran itu muncul di depan mata.

wanmohdadnan/oaag
( Mencari Cahaya Kelahiran)
September01.10. bim,kuantan,pahang
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved 

MALAM MERDEKA KE 53

malam ini malam merdeka
merdeka pada negara Malaysia
merdeka dari dijajah negara
merdeka untuk semua bangsa kita

53 tahun sudah dilalui sendiri
mengikut acuan pemimpin diundi
pelbagai rentak saling berjual beli
namun minda masih dijajah lagi

kekadang kita asing di negara sendiri
mohon bantuan disuruh berdikari
utamakan hiburan lalai itu amat pasti
rancang pembangunan kayakan diri

Al Fatihah pada pahlawan perkasa dulu
tiada kuasa dek kerana haloba nafsu
perjuangan hanya untuk tanah melayu
mengikut hukum, syahid mesti di dahulu

Merdeka! Merdeka! Merdeka
laungan menyemarak adat lama
pemuda pemudi bersorak suka
yang tua terdiam mengingati senja

wanmohdadnan/oaag
9.15pm. Ogos.30.10.
Sanggar Penyair Cyber Pahang
bim.kuantan,pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved. 

NOSTALGIA SEMALAM

Rasa di jiwa  ini
berterusan  menyimpan..
dan lagi menambah sesuatu..
yang tak bisa tertolak
Kerana indahnya rasa itu
Kekadang bahagiakan jiwa berpaksi kasih
kekadang menitis air berkaca duka
Lemas jiwa ini  sesungguhnya
Tiada janji  diusungkan
Tiada  luka  disembuhkan
Biar bebat sedia berbakti
Namun ketepian menolak  jua

Aduhai cahaya
Aduhai bahagia
Aduhai nostalgia

kerana....
nostalgia semalam
tetap diabadi  di sanubari..


marzidahwizi20.10ogos 9.31pm
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved,

SINARAN

antara kesepian
dan kasih sayang
kenangkan sayang
yang baru bersemi
antara kemesraan
dan perpisahaan
masih berdiri tegap
mendongak langit
sinaran bintang jatuh kebumi..


marzidahwizi23.10 ogos
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved,

RINDU

pada-mu ada kedamaian
Diribaan-mu kebahagiaan
tiada lagi rasa kesangsian dihati
dan jiwa yang penuh kerinduan

aku mendambakan rinduMU
aku dambakan cintaMU
aku dambakan kasih sayangMU

hadirlah rindu
aku rindu dengan kelazatan ibadahmu
aku rindukan solat yang
memberikan jiwa ku kyusyuk
memberikan hatiku damai
aku rindukan wuduk yang
memberikan aku rasa sempurna
bercambahlah cinta
mengharum dalam jiwa,
meleburkan kerinduan syahdu
pada yang Maha Esa


marzidahwizi24.10ogos
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved,

SUJUDKU



Ya Illahi Rabbi, Ya Khaliq fil ‘Alam…
Ku Bersujud dan bersimpuh
Pada setiap waktu  hidupku
Tak akan kering bibir ini mengucap
 namaMu yang terindah…

Ya Allah
 Maha Pengasih dan Penyayang,
Dalam meniti  perjalanan Hidup ini
Ku  Memohon Ampunanmu
Ya Ghaffur..
aku yang  berlumpur dosa dan nista,
Tunjukkanlah arahku

Ya Allah 
Yang Maha Menguasai Segalanya
 hambaMu ini teramat lemah tanpaMu…
hambaMu ini teramat nista
di hadapan keagunganMu…
Engkaulah tempat kuberserah
Hanya padaMu

La illaha ilallah, La illaha ilallah..
Alam pun berseru memujamu…
Tiada Tuhan Selain Allah…

La illaha ilallah, Muhammadarrasulullah..
Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad utusan Allah…

Hasbunallah wa ni’mal wakil, Ni’mal maula wa ni’mal nashir…
 hanya Allah untukku 
 Allah sebaik-baik penolong bagiku…
Laa haula walaa quwwata illa billah…
Tiada daya dan upaya tanpa pertolongan dariMu
YA ALLAH


marzidahwizi28ogos10-3.49pm
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved,


HATIKU TERLUKA

dalam pencarian ini
hadir berlagu bersama
untuk bersinggah
mehampar kasih di pantai hati

Ku tahu...
diri ini bagai menggapai bintang di langit
Tersingkir jatuh tiada yang mengerti
pedih terluka di hati
bila niat di  salah erti

Biar derita biar sengsara aku rela
tetap taburkan titian budi
tanpa jemu aku percikkan
agar semua terasa nikmatnya
agar kasih sentiasa bertaut
pada dahan yang kukuh
biarpun hati ku terluka.


marzidahwizi30.0gos10-11.45am
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved,

HIDAYAHMU

Engkau segalanya
penggenggam hati
mampu menenangkan
memohon kepadaMU
bersujud padaMu

Yaa Ilahi
berikan hidayahMu
untuk  membuatkan ku  bahagia
di dunia dan akhirat

Engkau Maha Kuasa
Engkau Maha Bijaksana
tiada hela nafas tanpa izinMU
tiada ucap kata tanpa izinMu
tiada tingkah laku tanpa izinMu

Ampuni khilaf Yaa Rabb
Kau adalah pencipta
kau berikan hidayah
moga hari-hariku menjadi yang terindah

Yaa Rabb
Jangan biarkan aku menangis
pada hidup yang hanya sementara
mempersiakan pinjamanmu
pada dunia yang terangkai ini


marzidahwizi260gos10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved,

SAHUTAN IBADAT

hati ini telah kering
kala titisan iman
sekian masa belum membasahi
gersang dari ibadat

ayuh..
kita semaikan kembali
jiwa penawar kasih luhur
agar hati yang kering itu
subur segar mewangi lagi

ayuh...
kita rapatkan kembali
jalinan kasih sayang kita
bersama air iman yang suci

dan mari  taburkan budi-budi
semoga semua terasa
indahnya titian kita
maka doa...
dan harapan kita
biar dipercitkan bibit-bibit mahmudah
agar terasa manafaat segar
sentiasa jua

pada yang resah...
perjalanan kita
walau harta dan pangkat
membukit mengunung
menjadi tiada erti lagi
bila rasa sangsi itu
galak tersemai enak
melintang arus
atas sifa-sifat Allah

dan kita hindar terus
dari golongan makluk yang rugi
atas kehidupan yang sejenak ini

 
marzidahwizi-18.10ogos
3:12am
Sanggar Penyair Cyber Pahang
kuantan.pahang

HATI YANG TAK PERNAH MATI

Hati yang  tak pernah mati...
Perasaan cinta anugerahNya
buah cinta datang dari kita
Cinta tulus dan abadi

Hati yang tak pernah mati...
walau dikurung raganya
walau dibukam mulut bisanya
Tetapi
keajaibpan mahakaryanya
Masih unggul berdiri

hati  yang tak pernah mati
kejujuran yang tak sanggup dibunuh
hidupkan rasa cinta
berani dan sanggup menghadapi segalanya

hati  yang tak pernah mati
 bumi berputar,mentari bersinar
 ingatlah kita sesungguhnya
Tetaplah teguh dengan cintanya
percayalah pada yang satu
Tuhan mencintai...selamanya


marzidahwizi16.8.10-10.23pm
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


MENCARI DAMAI ABADI

ku cari damai yang tidak ku temui
yang pudar di suatu hari
buat jiwa ini resah dalam kesepian
hati gundah mengharap
lalu aku jatuh luka

Ya Lathiff..
Engkau lembutkan hati kalbu inii

ikhlaskan aku dalam tenang
jauhkan aku rasai gundah
terbitkan naluri yang indah

Ya Ghafurr..
Engkau lupuskan jiwa yang tak mudah mengampunkan
belum aku bersedia tapi tak kesampaian
perih hiba yang menjangkau
dan terus menukar warna-warna itu
agar dunia menjadi damai..

biar bibirku melafas sentiasa 
kusyuk ku berserah menghimpun doa
hanya pada mu.



marzidahwizi13.8.10/12.45pm
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

SINAR RAMADHAN

ramadhan menjelma lagi
walau kita masih kosong
di biara kasih..
.walau kita masih sedih
dalam rindu si anak
walau kita masih gusar
antara suka dan duka

ramadhan menjelma lagi
 untuk kita bermohon mengharap
dengan doa tulus
untuk kita berzikir berkali-kali
dengan lafas memuji
untuk kita tekun bersujud
dengan rasa kusyuk
dan..
.syawal akan tiba
menyambut kejayaan
menyambut kesyukuran
menyambut kebesaran
moga.
.ramadhan ini
kusutnya akan terlerai
hibanya akan bahagia
malapnya akan bercahaya
lerainya akan bertangkup
di ambang syawal
marzidahwizi.'sinar ramadhan'10.22pm. 13.08.10

Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


KERNA KAU PERCAYA

kerana kau percaya
 pohon yang dibaja
 akarnya akan sasa
 ...daunnya lebat melempai
 bunganya mekar harum
 batangnya teguh bercabang


kerana kau percaya
 serindik boleh terbang tinggi
 di awangan nan biru
 dan akan hinggap di dahanan
 setia pada kudrat
 jujur pada sarang


dan kau patut percaya
 bahawa hidup yang nyata
 adalah pada 6 rukunnya
 akan timbullah bibit-bibit
redha pada hakikat
sabar dengan ketentuan


percayalah....
bahawa pohon
akan bergoyang ditiup angin
dan serindik
akan terbang bebas setinggi mahunya

marzidahwizi11.34pm.11.08.10-

Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


PAHLAWAN PAHAT

Berdiri Pahlawan Pahat
Sasa lengan urat-urat kasar
Merenung garis-garis batang
Dari pohonan chengal emas
Lelah..membelah
Menjadi papan tumpat sejengkal
Untuk dikikir rata

Tekun Pahlawan Pahat
mengolah corak warisan
dalam tajuk-tajuk kerawangan
penghias dinding para tamu
yang dibangga para bangssawan

Bernafsu Pahlawan Pahat
Mencengkam penukul kayu
Untuk diketuk pahat keramat
Ditebuk tembus penuh gairah
Dan terbitlah daun sesayap
Mengalun lekut-lekut garis
Menjalar hidup membentuk hukum
Demikian pisau wali menyentuh
Buat mencukur kerawang tumbuh

Bersila lega Pahlawan Pahat
Puas kerana pahat keramat sudah ditusuk
Sudah jenuh dedaun mempelas
Menggosok licin langkasuka
Bagai tumbuhan segar subur
Menyusur mengadap ke langit tinggi

Dan...
Pahlawan Pahat tidak alpa
Memegang janji sepakat pahat
Tidakkan patah menunduk rebah
Di atas  bumi warisan bangsa

wanmohdadnan/oaag
18.10.ogos. kuantan
PENGKRAF PAHANG

GALI LAGI WEH

hah..yak boktei..
air telaga kering doh weh....
mu karai banyok sangat
abih wie ko anok beranok
pah mu..mu lagi..pah..mu lagi..
pakai timba tong gelen
tak kering guano...

ohh..oloh heh..
senyap sudoh laa..
gali telaga lagi..
wat tubit bbanyok gak..
pah tuh boleh kkering pulok..
gali lagi weh..
banyok lagi nak pakai nih..
kira apa ko demo..

hah..yak boktei..
gali lagi telaga tu weh..
gali lagi weh..

wanmohdadnan.oaag
1.39am.160710.kuantan

AKU MOHON

aku mohon..
agar dapat ku bakar hangus
segala mazmumah
dan diterbitnya mahmudah

aku mohon..
agar dapat ku tetap utuh
memegang tali-tali Mu
dan diterbitnya ukhwah

aku mohon..
agar dapat ku kusyuk
merasakan kehambaan
dan diterbitkan nikmat zikir

aku mohon..
agar dapat ku miliki
seputih jiwa yang sufi
dan diterbitnya redha

aku mohon..
agar dapat ku paut
keimanan beserta taqwa
dan diterbitnya syariat

aku mohon..
hanya padaMu.

wanmohdadnanwanabdullah/oaag
15syaaban1431/27.07.10-1.59am

TTUOHNYO DIO

ttuohnyo dio..

anok sapo tu weh..?
nnatu sapo tu weh..?
tok llaki sapo tu weh..?

jjuruh nyo dio gak weh...
comel keh lagu tuh..
molek sunggoh nyo..

ttuohnyo dio..

wanmohdadnanwan abdullah/oaag
24.07.10/2.35am.kuantan

ERTI KEDAMAIAN

ERTI KEDAMAIAN

by Marzidah Wizi on Friday, 30 July 2010 at 13:25
di hening senja nan kelabu
aku masih menyendiri
bersama selendang sutera putih
dan angin sepoi dingin
menyapa lembut
lalu aku tersenyum...

aku masih menyendiri
bersimpuh mengadap ke langit
dan malam pun menjelma tiba
bertemankan bulan sabit
dan bintang-bintang bertaburan
lalu aku tersenyum

gundahku sudah hilang
hibaku sudah lenyap
sayuku sudah kering

kini..
bintik-bintik cahaya timbul
bersama kunang-kunang
dan bumi mula harum
bersama pohonan bunga mekar
di tepian pagar.


marzidahwizi.kuantan
29.07.10 / 1.28am

WAKTU

ambilah waktu untuk berfikir
itu adalah sumber kekuatan

ambilah waktu untuk bermain
itu rahsia dari masa muda yang abadi

ambilah waktu untuk membaca
itu adalah sumber kebijaksanaan

ambilah waktu untuk berdoa
itu adalah kekuatan terbesar di bumi

ambilah waktu untuk dicintai dan mencintai
itu adalah hak istimewa yang diberikan
sang pencipta

ambilah waktu untuk bersahabat
itu adalah jalan menuju kebahagiaan

ambilah waktu untuk tertawa
itu adalah musik yang mengetarkan jiwa

ambilah waktu untuk memberi
itu adalah hari yang singkat untuk
kepentingan diri sendiri

ambilah waktu untuk bekerja
itu adalah nilai keberhasilan

Dan...

ambilah waktu untuk beriman
itu adalah kunci menuju surga..

marzidahwizi-2.07.2010

SEDAR

Kesedaran itu
lahirnya di ujung derita.
pedih bermula
tetapi........
jika kita mampu menerimanya
ternyata....
kita berada dalam pelukan Tuhan.

Yang kemarin...
hanya ada dalam ingatan

Untuk besok...
hanya kamu yang mampu dengan harapan

Yang sekarang....
ini adalah yang sebenarnya

haruslah terima dengan redha
dan penuh kesedaran
Siapa yang tidak ingin membuka mata
besokpun akan tetap buta

Orang mulia bisa meyalahkan dirinya
orang jahil senang sekali meyalahkan orang lain

sesungguhnya...

Mengenal diri paling utama
unsurnya demi kesedaran.
berekti pula memahami kesalahan, serta kekeliruan.

Mengerti adalah syarat
Tetapi, mengerti saja apakah sudah cukup???










marzidahwizi-3.08.10/8.00pm

MENCARI PETUNJUK

di tirai malam beradu
apabila cengkerik bermadah indah
bersama debu embun yang menitis
di daunan yang menanti segar
dan bunga yang kian layu

di manakah arah kiblat itu..
untuk aku bersujud seketika
walau dahiku dipenuhi kudis buta..

di manakah naskah kitab itu..
untuk aku mengenal bahasa indah
walau bibirku masih merekah pecah

ooh..
tiada ruangkah lagi
untuk aku
bagi menyapu duri-duri kasar
yang sekian purnama
menyucuk tanganku yang halus

namun aku masih menanti
suara-suara itu menjelma kembali
bersama doa yang abadi

marzidahwizi
27/05/10:2.03am
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

MENITI USIA

kususun letak disisian tenang
keinginan sederhana
melepaskan kupu-kupu yang berwarna-warni
diiringi pancaran cahaya pagi
dijendela itu

cahaya berpenjuru memancarkan cahayanya
kecintaan yang menjadi kristal padu
hidup didewasakan

alahai,
teritnya pantulan cahaya itu
memancarkan cahaya berpenjuru
berhatilah selalu
pasti akan mematulkan kembali
pada hala yang satu

dunia menjadi gelap
pagi tidak lagi berbau tanah
panasnya mentari sudah tidak terasa
tanpa keizinanmu
lorong-lorong yang kecil itu
menjadi unggu



marzidahwizi(2jun10)
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


SATU IBADAH

wahana penting membentuk sahsiah
bahasa ibarat pengatur
pucuk-pucuk akal yang bertabur
bahasa ibarat pelentur
ranting-ranting perasaan yang bersiul-siul

terlihat bungkah-bungkah padu
meyuluh dan terbitlah sinar-sinar ilmu
terpahat cinta yang biru

terang bederang memaparkan arah
di pentas-pentas siasah
khusyuk dan pasrah
beriman menikmati ibadah


marzidahwizi(04.06.10)10.15pm
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


KASIHNYA

suram dan muram rasa dihati
takala girang bertemu duka
datang tidak disangka-sangka
tetiba sayu ku terima

kasih dan sayang tiada galangnya
budi dan jasa dikenang sehingga usia
pegorbanan seluas lautan
setinggi langit yang membiru
tetap terpahat sehingga mati

rasa kecintaan yang menebal
tiada golok gantinya
umpama cahaya yang meyinari alam semesta

alahai
akan ku gagahkan diri
segagah si tuah dan jebat
menjadi kristal nan padu
menerima dan meredhai
ketentuan yang telah dicatitkan

jasa dan pergorbanan sentiasa mewangi
biarpun bukan dari benihmu
kasih sayang tetap disanjung
sehingga bumi tiada lagi


marzidahwizi(04/06/10)-11.18pm
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


BIDADARI

takala senja berlabuh dipinggir malam
deruan angin hilang meyapa
hadir bintang-bintang kecil bergedip
menerangi malam yg kian kelam

disudut hati berbisik sayu
megenangkan bulan dan bintang
alangkah bertuah menjadi mu
sentiasa indah dan berseri dari pandangan

berkelip bercahaya meyinari malam
lenggok gemalai bersopan santun
meyusun ayat pabila berbicara
umpama bidadari turun dari kayangan

alahai,

sayang seribu kali sayang
zahirnya terpesona tingkahlaku
hanya batin terpesong ditengah lautan
memusnahkan segala yang dianugerahkan

wahai bidadariku...
walaupun waktu tidak berhenti berdetik
bukakanlah pintu itu seluas-luasnya
kerna sinar mentari sentiasa muncul lagi.


marzidahwizi
11.07.2010-(1:12am)
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


HARI ULANGTAHUN PERKAHWINANKU YANG KE 16

Hari itu aku merenung bulan
Masih bentuknya bersabit
Oh..indah sungguh
Dengan bintang yang ada di keliling
Walau masih kurang terang
Suka aku merenung
Hingga aku puas dalam mencari

Saban waktu dan hari itu
Aku sering mendongak, menghitung
Gerak bulan dan bintang-bintang
Yang kadang kala lenyap
Yang kadang kala makin terang
Oleh musim yang selalu berubah
Kerana aku tahu
Bukan aku yang menciptakannya
Dan aku tahu bulan itu
Akan making terang
Dan bintang akan mengerlip riang

Hari ini aku masih merenung bulan
Bentuknya sudah hampir bulat
Oh...makin indah sungguh
Bintang-bintang masih ada di keliling
Galak membentuk makna dan pedoman
Dan aku masih setia merenung, menanti
Hingga hari esok yang cerah
Bulan purmana yang pasti terang

wanmohdadnan/oaag -
20.10.ogos. ( hari ulangtahun perkahwinanku yang ke 16 )
Kuantan.
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved,

PAH SATU SATU

DI GARISAN INI…
KALAU DIPIJAKNYA…..
AKU PELAKONG!!!
HIHIHIHIHIHIIII…!!!
MENGELITIK BENAK HANUMAN DIACU PAK DOGOL
DARI BELULANG-BELULANG KERBAU
YANG DULUNYA TERPISAH
DI PACAK KE BATANG PISANG NANGKA
MENANTI DALANG MENGINGAT EPIK SILAM

KALAU KAU PIJAKNYA…
AKU KATOK!!!
PACAKAN PAK DOGOL KERAS MENEBUK LAGI
PERUT BUJILNYA SUDAH BERBUNYI
MENGIKUT ALUNAN GONG SERUNAI

MENTOL CAHAYA KIAN GALAK
GELAK HANUMAN SUDAH BERCAMPUR KAHAK
PUNAH, PUNAH, PUNAH…

BUANG SAJA GARIS ITU
BOLEH DI TANAM CERACAK BESI
MENONGKAT BUMI SANG GAJAH
TIADA RUNTUH GUNUNG MELINGKAR ANGKASA
YANG AIR DI KUALA MASIH MELIMPAH
TIADA JEJAS MINYAK DI LAUTAN
YANG IKAN KEMBONG SEMAKIN KEMBONG
TIADA TUMBANG POKOK DIHUTAN
YANG MONYET-MONYET SALING BERGAYUTAN

NYANYIAN DALANG TERUS MEMBELAI
TIADA ERTI BELULANG-BELULANG ITU MENYUSUR SEJARAH
KERANA IA TAHU SEBENARNYA
PAK JENIN HANYA ASYIK MENGIGAU
PAK TUAH SUDAH TIDAK TAHU DI MANA
LEBAI MALANG KENYANG DI KENDURI ARWAH
JANGAN KAU JADI PAK LUNCAI DENGAN LABUNYA
JADILAH PAK KADOK..
WALAUPUN KAMPONG TERGADAI

wanadnanwanabdullah
25.05.10.oneartist artgallery

SEMANGAT GAZA

boom....boom....boom.....
ada kau dengar bunyi itu....
memancar-mancar berbagai mimpi ngeri....
di sudut surah.....

mana saudara yang diaminkan...?
mana kalimah yang dilaungkan....?
mana sunnah yang dituruti....?

tapi jangan kau takut gaza...
hanya ALLAH harus kau takut...
ALLAH HU AKHBAR.

wanmohdadnanwanabdullah/oneartistartgallery
10.17am/11.06.10
bukitgambangresortcity.ktn
salam untuk semua teman dari kami sekeluarg

GUANO WEH JADI GITU

guane weh jadi gitu....
kg ambo di Pahi jah..
tok ambo gemuloh tok iman gani......
hok duk saing dengan gemuloh tun rozak

olohh...
sero benar jadi lagu tuh....
wakil rakyat ado kei..
dok wat gapo?
orei gedebe pah mano?
kubau lembu hok pawoh pah kewano?

tok kei tak dok bekwoh...
orei tino ramai boleh masok kei
wat jah gulai darat
biar kuwoh berlebih...
wie la pakat raso ramai-ramai

weh loo..
guane weh jadi gitu...

wanmohdadnanwanabdullah
jumaat.28/05/10
oneartist artgallery.YS

BICARA SEPI PEWARIS KRAF

*Lirikan si pengukir,
mengintai lenggok golek perempuan melayu
yang sudah berubah
dinoda budaya-budaya barat untuk melompat
lupa pada sopan adab
kesian..
berurat dahinya...risau,
tak pe. akan diasah pisau ukirnya

*Lentik si penganyam,
halus jari jemarinya
yang kian galak menganyam daun mengkuang
tanpa bicara...
matanya silau memerhatikan karpet merah
meraikan pejuang melayu terbilang
oh!
tersentak hayalan ke hollywood dan bollywood

*Ketukan si penenun,
tekun mengira benang-benang sutera
dicorak penuh makna istana
tapi...
di hati masih berkenan kain ela dari perancis
ahh!........
ketukan makin jelas, makin laju...

*Lakaran si pencanting
yang lilin panas berasapnya menjadi bunga-bunga indah
menyekat warna-warna hati menjadi pelangi
senyum melirik
tengok di tv, PM berbatik 1 Malaysia
dikeliling peraga-peraganya
eeeee..
gemersik bunyi mata canting
menari-nari di kain sutera china

*berjentik si pandai besi
mengusap luk-luk keris adunan 7 logam
disarung dengan kemuning emas
walau tiada kemenyam untuk diasapkan...
hatinya gundah
melihat lagak hunusan pejuang yang tiada erti
ahhh...
james bond lagi terer

*Lembut si pembentuk labu air
diuli tak pakai tangan
adunan tanah liat belakang rumah,
tekaknya haus..
masih merenung kopi o di bekas plastik
sambil girang melontar dan terjatuh
terteguk ail liur...

*eksportkan saja...
sakat si pengukir perak
si pencucuk manik menjuih songsang
teringatnya buatan China merata di Mydin
berduyung pelayan-pelayan muda
melerik senyum dalam benak
China eksport kat kita! laungnya

*semua bisu seketika
terasa angin dingin berhembus
pusingan kiraan berlegar laju di kepala
menghitung borang-borang aneh
yang mementingkan chop YB.....
semua bisu lagi seketika,

*lalu,
bisik-bisik halus bersuara..
rintahan kamu masih belum pilu
mohon kamu masih belum lengkap
igauan kamu masih belum nyata,
walau onak sudah kamu ranjau bermusim-musim
walau leka menanti jelmaan pari-pari
walau silauan daun-daun emas gugur
tiada petah kamu menjadi dungu
kamu mandikan puteri-puteri dengan limau kasturi
supaya dapat disanggul
dan, terus sikatkan rambutnya
agar ia rapi menawan.

wanadnanwanabdullah
oneartist artgallery
22/05/10.1.27am
PENGKRAF PAHANG

RASA BERDOSA

takala senja berlabuh dipinggir malam
deruan angin hilang menyapa
hadir bintang-bintang kecil bergedip
menerangi malam yang kian kelam
.
terang benderang memamparkan arah
dipentas-pentas siasah
khusyuk dan pasrah
beriman menikmati ibadah

alahai....
di manakah arah kiblat itu..
untuk aku bersujud seketika
walau dahiku dipenuhi kudis buta..

di manakah naskah kitab itu..
untuk aku mengenal bahasa indah
walau bibirku masih merekah pecah

ooh..
tiada ruangkah lagi
untuk aku
bagi menyapu duri-duri kasar
yang sekian purnama
menyucuk tanganku yang halus

namun aku masih menanti
suara-suara itu menjelma kembali
bersama doa yang abadi


marzidahwizi(19.07.10-7:48pm)
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

KEINSAFAN

sunyi malam ini
kaku mengimbau
langkah-langkah dulu
dijerat cinta nista
terapung-apung di awangan..
hibanya....

lalu airmata jernih
mengalir....sendu...
membengkakkan jiwa lara..

tiada lagi
jawapan untuk kekal..
tiada lagi
rentak untuk terus..
tiada lagi
teman untuk berlari..

hanya sunyi ini
mengalunkan kemesraan
dari sinar-sinar putih
yang menyuluhi bumi merekah
hingga dedaunan segar
yang merebakkan harum embun

alahai...
berilah petunjuk diri
kejutkan kembali untuk sedar
dari bibit-bibit semalam...




marzidahwizi
27.07.10./11.10pm
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


PENYAMBUNG KASIH

deruan angin menghembus dingin
terbangnya bersama dedaunan kering
meliputi bumi yg subur.

dikala mentari terbit sinarnya,menyuluh di setiap pelusuk
memancar terik ke alam semesta

alahai,
riuhnya nyayian sang unggas
tersentap mimpi-mimpi ngeri
terjaga dalam kebingungan

kupapah kakiku yang berat
meyeberangi sungai yang deras dan dalam
berpaut pada dahan yang melempai
buat peyelamat dari arus yang deras

syukur pada yang esa
tidakkan akan ku lupa jasamu
"wahai si dahan"



marzidahwizi25/5/10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


RENTETAN PERJALANAN

Dan angin beku pun berlalu,
hadir sang penawar,
bukan sekadar embun sebelum terik,
kering dipenghujung detik,
penawar,
...bukan penawar,
kunci kepada hati,
roh kepada jasad,
dan kini hidup,
menuju permatang luas...

mw2010

PERJALANAN

langit biru berawan kelabu
tanda mendung datang
bertamu
bersama angin menari laju

...angin
membawa arah yang lebih dingin
walaupun tidak mahu
tetap terima walaupun pilu
langit biru berawan kelabu
air hujan menitis kebumi
menangisi dedaun-dedaun itu
menempuhi alam
dan angin beku pun berlalu

mw2010

DOA KASIH

meratap tidakku mahu
mengharap tidakku sanggup..
kehidupan hamba
tetap berpaksikan kiblatnya

walau duka kuterima melata-lata......
walau hiba hati ini disiat

takkala mendung di subuh hening
menyonsang ribut ditengah lautan
menjadi iktibar sekian anak

aduhai..
sentuhlah aku dengan irama takwamu
belailah aku dengan amalan
lenakanlah aku dengan petunjukmu
bagai haluan di surah

...marzidahwizi .oaag
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


4.36pm april21.10

LIKU SEORANG HAMBA

hati..perasaan..
mendakap mimpi indah
meramas segala ketakutan
memahat kesampaian yang entah dimana...

dulu..
keriangan sejengkal
mengamit nostalgia indah
mendonggak senyum abadi

teman..
suara rintihan tiada kemana..
renungan bathil ..bermuhasabah sentiasa..

surutnya iman kerana kita..
surutnya kemewahan kerana kita..
surutnya kasih sayang kerana kita..

sunnah telah tercatat..
surah telah dilakar..
tetap pada yang Esa mengatur laluan..

MW15.05.10.kuantan
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


SUARA UNTUK PENYAIR TUA

langit mendung bukan bererti gundah
sang kelana tetap dengan kelananya
sendirian dan makin sendirian...

masih ada masa menanti senja
walaupun merah,unggu atau kelabu
berselindung di banjaran titiwangsa

puisi-puisimu bagaikan buyian seruling
semangatmu mengharung kerikir tiada tara
walau luka kau masih teguh berdiri

alahai...
tajamnya duri-duri kaktus itu
bukan sesal bagi camar
untuk hinggap kebahumu
diwadah oasis yang subur


marzidahwizi-25mei10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved

(khas buat ayahanda yassin salleh)

BANGUN PERTIWI

Lihat.......
pentas-pentas wayang teater mimpi
putaran cerita pemain-pemain legam...
memakai kostum-kostum aneh
lagak bagai bayi yang tiada dosa di mukabumi...

hukum alam...skripnya
adegan yang mengamit mimpi dalam belukar

Pertiwi!!!!
pentas perlukan cahaya...
jangan biarkan pentas kaku tiada irama

ayuh!!!

panggil anak-anakmu
dapat diurut betismu yang lenguh berdiri
pentas perlukan kamu..
skrip sudah kabur dibaca...

Pertiwi!!!
bangun!!!
suluh pentas itu...
pentas perlukan cahaya
jadikan ceritanya mengikut yang tercatat...
skripnya biarkan jelas dibaca
moga mimpi pelangi terpancar di setiap arah adegan
yang ada noktahya...

marzidahwizi(oaag)
khas untuk sajak pak yassin ( DI HUJUNG PENTAS TANPA CAHAYA ) sempena ulangtahun kelahiran yang ke 64.
1 am/20.05.10.oneartistartgallery