Sunday, November 14, 2010

MENCARI CAHAYA KELAHIRAN

Terang gelap
bermain dalam sangka-sangka
apabila melahir dan lahir
walau jenuh berkira harapan
di kala katak bising memanggil hujan
harapkan basah tanah dipijak,

samar-samarkah itu?
kerana belum tahu jalan di depan sana
berdebu atau berlubang-lubang
tiada jua yang enak dibelai
mungkin ada yang gila menduga
biarkan bentuknya curam
agar mudah mengelungsur turun,

dan jawapan tiba-tiba hilang..
kerna beduk subuh tiada kedengaran lag
imungkin kayunya pecah
mungkin pemalunya hilang
mungkin jua sudah tiada ingin mendengarnya
oh..satu sudah kehilangan
dan beribu juta sudah hilang
entah mana dikuburkan
di mana pula perginya cahaya?..

maka, fikiran makin kacau..
dalam benak ada tanda tanya kemanakah cahaya
apabila kelahiran itu muncul di depan mata.

wanmohdadnan/oaag
( Mencari Cahaya Kelahiran)
September01.10. bim,kuantan,pahang
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved 

No comments:

Post a Comment