meratap tidakku mahu
mengharap tidakku sanggup..
kehidupan hamba
tetap berpaksikan kiblatnya
walau duka kuterima melata-lata......
walau hiba hati ini disiat
takkala mendung di subuh hening
menyonsang ribut ditengah lautan
menjadi iktibar sekian anak
aduhai..
sentuhlah aku dengan irama takwamu
belailah aku dengan amalan
lenakanlah aku dengan petunjukmu
bagai haluan di surah
...marzidahwizi .oaag
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved
4.36pm april21.10
No comments:
Post a Comment