Sunday, November 14, 2010

KERNA KAU PERCAYA

kerana kau percaya
 pohon yang dibaja
 akarnya akan sasa
 ...daunnya lebat melempai
 bunganya mekar harum
 batangnya teguh bercabang


kerana kau percaya
 serindik boleh terbang tinggi
 di awangan nan biru
 dan akan hinggap di dahanan
 setia pada kudrat
 jujur pada sarang


dan kau patut percaya
 bahawa hidup yang nyata
 adalah pada 6 rukunnya
 akan timbullah bibit-bibit
redha pada hakikat
sabar dengan ketentuan


percayalah....
bahawa pohon
akan bergoyang ditiup angin
dan serindik
akan terbang bebas setinggi mahunya

marzidahwizi11.34pm.11.08.10-

Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved


No comments:

Post a Comment