suram dan muram rasa dihati
takala girang bertemu duka
datang tidak disangka-sangka
tetiba sayu ku terima
kasih dan sayang tiada galangnya
budi dan jasa dikenang sehingga usia
pegorbanan seluas lautan
setinggi langit yang membiru
tetap terpahat sehingga mati
rasa kecintaan yang menebal
tiada golok gantinya
umpama cahaya yang meyinari alam semesta
alahai
akan ku gagahkan diri
segagah si tuah dan jebat
menjadi kristal nan padu
menerima dan meredhai
ketentuan yang telah dicatitkan
jasa dan pergorbanan sentiasa mewangi
biarpun bukan dari benihmu
kasih sayang tetap disanjung
sehingga bumi tiada lagi
marzidahwizi(04/06/10)-11.18pm
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved
No comments:
Post a Comment