Wednesday, November 17, 2010

DENAK BEBURUNG TERBANG

Dah resam...
pokok-pokok hutan, liar
dari akar tunjang penguat pucuk
yang zatnya mengalir pedih
dari dahan-dahan keras
tanpa riak tapisan hangat
asal dapat mengemuk batang
lalu jatuh tumbang, pemuas anai-anai

Dah resam...
rotan-rotan menjalar tinggi
dari belukar entah di mana
yang duri tajam bagai pendinding
dari petaka mengikut selera
tanpa hirau rentak duduk
asal dapat bertongkat suka
lalu makin menaik tinggi

Ahh..persetankan..
kerana pokok hutan dan rotan
kekadang, alpa pada hujan dan embun pagi
kekadang, alpa pada terik matahari
kekadang , alpa pada tanah di bawah

Cuma....
jangan dilupa pada sungai dan jeram
jangan dilupa pada angin timur selatan
jangan dilupa pada buangan haiwan belaan
bagi,
pembuat segar bila longlai
pembuat senyum bila lelah
pembuat denak beburung terbang

wanmohdadnan/oaag
4.07am. Ogos.30.10.
Sanggar Penyair Cyber Pahang
bim.kuantan,pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved. 

No comments:

Post a Comment