omong-omong si pelaku jingga
yang sudah tiada rasa keluhan sang rimba
membeliak nafsu serakah gila
bagai si badang memakan muntah
kerana rezeki tiada halal haram
amanah kepala otak....
membiarkan landak hilang durinya
di gondol bukit bukau penadah air
tak kala sedetik memegang mohor
di kaut spesis babi hutan
yang beraknya tiada lawas
lihat saja di sana
masih banyak rimba boleh ditawan
biarkan saja matahari sejengkal kepala
asalkan makin berlemak badan si perogol
yang urusannya merogol teduhan hujan.
wanmohdadnan/oneartistartgalley
10.39pm 12 julai 2010
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved
No comments:
Post a Comment