Takan ku lupa
untuk menyembah MU
kerana aku hamba MU
Takan ku lupa
iradah MU,yang penuh hikmah
dan segala kebesaran MU
Takan ku lupa
kasih sayang MU
yang belaku setiap detik waktu
bahkan turun naik nafasku....
Tuhan!
Aku hamba MU
terkadang terlalai dan terlupa
cuai dan leka
kerana itu...
aku sering memohon pada MU
agar diampunkan kesalahanku
Cuai dan lalai pasti berlaku kepadaku
Lupa dan leka terjadi selalu
Tuhan!
aku mengharapkan rahmat dan petunjuk MU
bimbinglah aku
lupakan kesalahanku
Kau terimalah taubatku
dan janganlah sampai Engkau
bertindak ke atasku
marzidahwizi-4SEPT10
Sanggar Penyair Cyber Pahang
Copyright © 2010 marzidahwizi
All Rights Reserved
No comments:
Post a Comment