Sunday, November 14, 2010

MALAM MERDEKA KE 53

malam ini malam merdeka
merdeka pada negara Malaysia
merdeka dari dijajah negara
merdeka untuk semua bangsa kita

53 tahun sudah dilalui sendiri
mengikut acuan pemimpin diundi
pelbagai rentak saling berjual beli
namun minda masih dijajah lagi

kekadang kita asing di negara sendiri
mohon bantuan disuruh berdikari
utamakan hiburan lalai itu amat pasti
rancang pembangunan kayakan diri

Al Fatihah pada pahlawan perkasa dulu
tiada kuasa dek kerana haloba nafsu
perjuangan hanya untuk tanah melayu
mengikut hukum, syahid mesti di dahulu

Merdeka! Merdeka! Merdeka
laungan menyemarak adat lama
pemuda pemudi bersorak suka
yang tua terdiam mengingati senja

wanmohdadnan/oaag
9.15pm. Ogos.30.10.
Sanggar Penyair Cyber Pahang
bim.kuantan,pahang
Copyright © 2010 wanmohdadnan/oaag
All Rights Reserved. 

No comments:

Post a Comment